Tuesday, September 27, 2011

Kau terakhir (diriku jauh darimu)

DiriKu Jauh Darimu


walau kini kau jauh dari pancainderaku
Kau sentiasa Di Ingatan
walau kau jauh dari mataku
kau dekat hatiku

dengarlah wahai sayangku


kau selalu dihatiku
kau selalu bertakhta hatiku
Biarkanlah aku menyayangimu sepenuh hatiku
Biarkanlah jiwaku menantimu
Walau bertahun lama..
Kan Ku setia padamu sayang



Kaulah cintaku
yang terakhir...

Monday, September 26, 2011

Aku Milik Kamu!!


Insan ini banyak mengajar aku erti kasih dan sayang..
begitu susah aku hendak mencari insan sepertinya kerana aku ini insan serba kekurangan dan tidak mempunyai apa-apa..
tetapi bagi dirinya ku ini adalah insan sempurna..
mungkin bukan pada harta, nama atau apa sahaja tetapi mungkin pada zahirnya aku ini tiada apa tapi pada pandangan insan yang tersayang, diri ini miliki semuanya..

senyumannya membuatkan aku bersemangat kembali..
walau hakikatnya diri aku ini tidak pernah lekang dari masalah yang melanda.. dia menghulurkan tangan untuk membantu mencipta kembali semangat aku yang telah hilang.. sekarang semangat baru telah kembali dalam jiwa..




To her..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ you

Monday, September 12, 2011

tidak ku duga

Ternyata sememangnya si dia begitu memahami diriku ini,
aku tidak menyangka dia sanggup menunggu aku,
walau diri ini tiada yang istimewa,
tetapi baginya akulah yang terbaik..

tidak ku fahami apa yang membuat dia jatuh cinta padaku..
begitu untung aku dapat mengenalinya..
tidak ku duga perkara ini terjadi lagi..
cinta itu milik kita kembali..
tatkala aku terluka kau datang sembuhkannya....

terima kasih atas pengorbanan yang kau lakukan kepadaku..
tak mungkin kau ku lepaskan lagi...


Wednesday, August 3, 2011

mungkin kehadiran aku dalam hidupnya tiada erti,
tapi kehadiran dirinya dalam hidupku begitu bermakna sekali,
mungkin kerana itu aku mencinta sepenuh hati tapi tidak sidia..
itulah yang menyebabkan tiada erti setia,
tidak aku menyesal pernah ada perasaan padamu,
mungkin kehadiran dirinya sebenarnya adalah tempat aku belajar,
semua erti hidup ini,
mungkin kehadirannya jua mengajar aku erti kesetiaan,
itulah lumrah...

Wednesday, July 27, 2011

kekadang begitu susah untuk melupakan insan yang kita sayangi..
mungkin kerana dialah segalanya bagi kita..
dialah dunia kita, dialah pencetus kebahgiaan kita..
akan tetapi kenapa kita perlu bersedih jika tiada jodoh??..
mungkin ada hikmah..
mungkin dia x sesuai buat kita..
itulah yang terjadi kepada aku..
hakikatnya mmg begitu..
memang aku begitu sayang dekat dia..
tapi aku kena terima kenyataan dia telah pergi kepada insan yang lebih sempurna dari aku..
yang lebih sesuai dengannya..
jadi aku kena terima lah seadanya..
aku kena akui bahawa aku perlu lepaskan masa silam
lepaskan dia untuk berbahagia..
mungkin itulah yang akan buatkan aku menjadi lebih tenang...
yup!! keputusan aku perlu jelas..
aku perlu teruskan jua hidup aku ini..
aku perlu kembalikan aku yang dahulu..
yang motivasi diri tinggi, pendirian kena tetap..
always think about the future,,
so mulai saat ini aku kena berubah!! change!!!!

Wednesday, July 13, 2011

Hakikat Terluka

betullah orang kata...
penantian satu seksaan..
memang aku akui..
aku masih menanti si dia lagi..
tidak aku tahu kenapa aku masih tidak dapat melupakannya..
mungkin kerana aku menyintainya sepenuh hatiku ini..
tetapi harus ku terima..
hakikat yang terjadi adalah takdir yang menanti..
aku harus tabah...
hadapi ini sebagai halangan hidup...
masih segar ingatan aku terhadap si dia..
mungkin kerana aku ini insan yang setia..
atau mungkinkah dia yang pertama..
sedar atau tidak dia sudah tiada disisi..
hati ini luka..
umpama hilang walau dalam suka..
ketawa dan ceria hanya sandiwara..
hakikatnya aku terluka...



Mutiara Kata: "Jangan nantikan tetapi lepaskan lah dia pergi.."

Saturday, July 2, 2011

Iman

Kau merupakan harta paling berharga didunia ini,
tanpamu tiada erti ku hidup lagi,
bagai bangkai bernyawa,

kau datang padaku,
tatapi adakah kau kan pergi jua dariku??
jika kau pergi mungkinkah kan kembali lagi??
mungkin jua kau hilang tanpa aku sedari,

andainya ianya terjadi,
maka aku adalah antara insan yang rugi atas kehilanganmu,
mungkin jua aku manusia yang tidak tahu menghargai apa yang muncul disisi..

sesungguhnya kaulah yang terlalu berharga..
kaulah mutiara agama,
kaulah segalanya,
hilangmu hilanglah segalanya..
itulah dirimu,
iman,..
penghubung Maha Pencipta dan Hambanya

Tuesday, June 28, 2011

Tidakkah KAu Fahami??

Masih tidak kau fahami maksudku?
kau dan aku tidak mungkin bersama..
kalau bersama tidak semestinya kita bahagia..
kau gembira aku pula menanggung derita tatkala bersamamu..

untuk mencari ketenangan diri..
lebih baik kita berpisah..
mungkin wujudnya kebahgiaan dalam perpisahan..
janganlah cuba kau cari salahku..
sebenarnya ia salahmu jua..

tidak aku menyayangimu seperti mana aku menyayangi sidia sebelummu..
dia masih dihati walau hakikatnya dia tidak lagi disisi..
aku lebih bahagia tanpamu..
hidupku bebas kemana sahaja...
Tidak dapat aku nafikan..
dirimu masih aku sayangi..
walau kau pergi jauh dari hidupku..
dirimu senantiasa dihati..
kepulanganmu tetap ku nanti..
hadirlah kembali dalam kenangan ku ini..
tida pengganti dirimu lagi..

Thursday, April 7, 2011

Akhirnya....Terpisah jua..

Akhirnya terpisah...
tak daya ku menahan..
x berdaya ku melepaskan..
x terdaya aku untuk melupakan..
tak mengapa...
biarlah aku disini menantimu...
 salam perpisahan dariku..

Thursday, March 10, 2011

Luahan

Sayangku,
aku menyayangimu sepenuh hatiku,
tapi adakah kau juga sama sepertiku,

Sayangku,
tidakku halang kau berkawan tapi benarkah sekadar kawan??
tidakku marah dirimu sayangku,
hanya ku pinta kejujuran darimu,
ku hanya mahu kau bahagia,
deritaku kan hilang melihat kau gembira,

kasihku,
walau luka lama berdarah kembali,
tetap aku tidak dapat menghalangimu,
tetap tidak dapat ku memarahimu,
aku hanya menantikan waktu,
biarkan takdir menentukan jodoh pertemuan kita,

Sayang,
sememangnya aku terluka tapi tidak mengapa asalkan kau bahagia,
relaku biarkan jiwa ini tersiksa,
demi kamu sayangku

Sunday, January 23, 2011

Ku pergi membawa luka bersama,
ku pergi bukan kerana terpaksa,
ku pergi kerana ingin melihat kau bahagia,
ku pergi kerana ku menyinta,
ku pergi kerana ku menyayangi,
andai kau perlukan aku,
datanglah kepadaku,
setiap saat tidakkan ku lupakan dirimu sayangku,
ketahuilah dirimulah yang ku dambakan,
tiada yang lain yang ku mahu,
hanyalah dirimu sayangku...

Tuesday, January 18, 2011

seandainya kau dalam kesusahan sayangku,
carilah ketenangan,
seandainya kau dalam kegembiraan,
kau teruskanlah kegembiraan itu,
seandainya kau memerlukan aku,
aku sentiasa ad disisimu
carilah aku sekiranya kau memerlukan aku...
ak kan setia mendengar segala masalah dirimu sayangku....

Monday, January 10, 2011

baru ku fahami maksud cinta...
cinta merelakan orang yang disayangi mengecapi bahagia...
cinta perlukan pengorbanan..
andai cinta itu teguh tak usah risau....

pernah pepatah berbunyi
"biarkan cinta itu pergi,
sekiranya ia kembali maka ia milikmu,
sekiranya tidak ianya adalah sebaliknya,
carilah cinta yang sejati..."

cinta sebenarnya ada di mana sahaja..
masa lah pertemukan ia....
bersabarlah dan berusahalah mencapai kejayaan..
cinta akan datang dengan sendirinya...

Friday, January 7, 2011

Perkara yang paling aku takuti telah pun tiba....
aku akhirnya terluka jua
luka yang aku sendiri tidak suka
aku kecewa
hancur lebur hati ini...

walau begitu aku tetap jua menyayangimu...
mungkin kerana aku terlalu menyintaimu...
pengorbanan dalam percintaan adalah biasa buatku...

ku tetap menantimu jua...