Saturday, May 31, 2014

Kembali Kepadaku

27 mei 2014
Kau kembali kepangkuanku
Kau tanyakan perasaan ku
Jawapan ku tetap sama
Aku sentiasa menyayangimu
Merinduimu, dan mencintaimu sayang..
Bersyukur aku kepada Dia maha kuasa..
Insan yg aku tunggu datang kembali..
Mungkin jodohku adalah dirimu..
Aku kan cuba pertahankan sehingga kau sempurna milikku.

Mei 2015
Kau milik insan lain..
Dalam diam kau sempurna milik dia..
Aku terlupa pada yg KUASA..
DIA sebaik perancang segalanya..
Aku redha..

Friday, May 30, 2014

Redha atau Pasrah

Pedih hati ini
Melihat dirimu
Setelah setahun berlalu
Aku masih tidak dapat melupakan kamu
Mungkin kerana kasihku padamu tiada sempadan
Mungkin jua kerana kau bertakhta selamanya
Tapi bukan cara dan dayaku
Mengambilmu dari dia
Ku redha dalam pasrah
Ku undur diri agar kau bahagia

dirimu yg kurindui

Walau kau telah jauh dari ku
Aku tetap mengenangmu
Walau kau sudah tidak bersamaku
Tiada dendam ku padamu
Ku harus pergi walau tanpa kerelaan hati
Kerana kasih padamu
Kerana sayang padamu
Aku pergi tanpa khabar
Ku sisipkan seribu doa
Agar kau bahagia selamanya..

Buat dirimu yang ku rindui