Wednesday, July 27, 2011

kekadang begitu susah untuk melupakan insan yang kita sayangi..
mungkin kerana dialah segalanya bagi kita..
dialah dunia kita, dialah pencetus kebahgiaan kita..
akan tetapi kenapa kita perlu bersedih jika tiada jodoh??..
mungkin ada hikmah..
mungkin dia x sesuai buat kita..
itulah yang terjadi kepada aku..
hakikatnya mmg begitu..
memang aku begitu sayang dekat dia..
tapi aku kena terima kenyataan dia telah pergi kepada insan yang lebih sempurna dari aku..
yang lebih sesuai dengannya..
jadi aku kena terima lah seadanya..
aku kena akui bahawa aku perlu lepaskan masa silam
lepaskan dia untuk berbahagia..
mungkin itulah yang akan buatkan aku menjadi lebih tenang...
yup!! keputusan aku perlu jelas..
aku perlu teruskan jua hidup aku ini..
aku perlu kembalikan aku yang dahulu..
yang motivasi diri tinggi, pendirian kena tetap..
always think about the future,,
so mulai saat ini aku kena berubah!! change!!!!

Wednesday, July 13, 2011

Hakikat Terluka

betullah orang kata...
penantian satu seksaan..
memang aku akui..
aku masih menanti si dia lagi..
tidak aku tahu kenapa aku masih tidak dapat melupakannya..
mungkin kerana aku menyintainya sepenuh hatiku ini..
tetapi harus ku terima..
hakikat yang terjadi adalah takdir yang menanti..
aku harus tabah...
hadapi ini sebagai halangan hidup...
masih segar ingatan aku terhadap si dia..
mungkin kerana aku ini insan yang setia..
atau mungkinkah dia yang pertama..
sedar atau tidak dia sudah tiada disisi..
hati ini luka..
umpama hilang walau dalam suka..
ketawa dan ceria hanya sandiwara..
hakikatnya aku terluka...



Mutiara Kata: "Jangan nantikan tetapi lepaskan lah dia pergi.."

Saturday, July 2, 2011

Iman

Kau merupakan harta paling berharga didunia ini,
tanpamu tiada erti ku hidup lagi,
bagai bangkai bernyawa,

kau datang padaku,
tatapi adakah kau kan pergi jua dariku??
jika kau pergi mungkinkah kan kembali lagi??
mungkin jua kau hilang tanpa aku sedari,

andainya ianya terjadi,
maka aku adalah antara insan yang rugi atas kehilanganmu,
mungkin jua aku manusia yang tidak tahu menghargai apa yang muncul disisi..

sesungguhnya kaulah yang terlalu berharga..
kaulah mutiara agama,
kaulah segalanya,
hilangmu hilanglah segalanya..
itulah dirimu,
iman,..
penghubung Maha Pencipta dan Hambanya