Thursday, June 12, 2014

Aku Menyayangimu Sepenuhnya

Aku menyayangimu sepenuhnya
Akan tetapi aku sedar jua
Mungkin jua kau jodohku
Mungkin jua tidak

Rasa kecewa itu pasti hadir
Kepiluan itu pasti wujud
Andai kau bukan jodohku

Semuanya ketentuan Ilahi
Jodoh kau dan aku mungkin ke jinjang pelamin
Mungkin jua putus di tengah jalan
Yang pastinya tidak pernah aku menyesal bertemu denganmu

Kau insan yang mengenalkan aku dengan dunia yang sementara ini


Nukilan pada 20 March 2012
Nukilan buatmu 

Thursday, June 5, 2014

Sekadar Nukilan


Mungkin bagimu aku ini insan biasa..
Bagiku kau lah satu-satunya..
Tidak mengapa kau toreh luka lama..
Aku terima..
Dalam payah aku menahan sebak didada..
Dalam duka aku cuba redha..
Ku harap kau kan fahami suatu masa..
Insan yg mencintaimu ini juga manusia..
Kan pergi jua menghadap Maha Kuasa..
Semoga suatu masa kau kan sedar jua..
Aku mencintaimu selamanya..

Tuesday, June 3, 2014

Cinta Sepenuh Hati

Disaat hatiku remuk..
Ak masih mampu mengukir senyuman..
Disaat hatiku luka..
Aku masih mampu menahan sakit..
Aku terlalu menyayangimu..
Walau pedih hati menahan pilu..
Aku tetap dengan pendirian diri ini..
Bukan kerana aku buta..
Tetapi kerana aku sebenarnya mencinta sepenuh jiwa