Sunday, February 3, 2013

Jiwa yang luka

Sebenarnya aku ini insan biasa,
Mudah terluka,
Mudah terasa,
Telah ku berikan kau peluang,
Bukan kali pertama,
Bukan jua kali kedua,
Kau sia-siakan setiap kali,

Akan tetapi buat kali ini,
Aku perlu mengundur diri,
Hidupmu kau tentukan,
Tidak perlu kau fikirkan aku,
Bukan aku yang kau perlukan,

Kau siakan sisa teman mu ini,
Ku ajar mu dengan sunyi sepi,
Tak kau ku hirau lagi,
Kerana ini caraku,
Biar kau tidak ulangi,

Bukan dengan ku,
Tapi dengan teman mu yang lain,
Supaya kau sedari,
Erti penghargaan diri,
Bukan sebagai kekasih hati,
Cukup sekadar teman sejati,

Buatmu sahabat,
Dari temanmu yang terluka...
Salam bahagia dariku...

No comments:

Post a Comment